Saringan Kesihatan Percuma dan Pendaftaran MyDigitalID
21 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 20 April 2025 (Ahad), telah diadakan saringan kesihatan percuma dan pendaftaran MyDigitalID untuk ahli yang baru mendaftar di NADI Kampung Jeriah.
Untuk sesi saringan kesihatan, ahli NADi telah menjalani pemeriksaan tekanan darah, berat dan tinggi. Pendaftaran MyDigitalID berjalan dengan lancar dan peserta dapat menggunakan akaun tersebut untuk log masuk bagi menyemak status permohonan STR.
Diharap program ini terus bermanfaat untuk peserta khususnya komuniti tempatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: